Monday, January 12, 2015

Pencemaran

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Jenis pencemaran:
Pencemaran udara
-pembebasan kimia berbahaya atau benda asing lain ke udara. Contohnya, karbon monoksida, sulfur dioksisa dan CFC.
Kilang melepaskan asap

Pencemaran air
-berpunca daripada kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi. Ia membuat kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik air berubah.

Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.

Kebaikan dan Keburukan Kpop

"Kpop Bawa Keburukan"
"Kpop Pemusnah Bangsa"

Demikianlah antara tajuk berita yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar tempatan di negara kita. Isu ini telah menjadi buah mulut masyarakat tempatan yang tua mahupun muda. Kpop adalah genre muzik yang berasal di Korea Selatan yang mempunyai ciri-ciri pelbagai jenis elemen audiovisual. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil tahu akan kebaikan dan keburukan Kpop ini. Persoalannya, apakah kebaikan dan keburukan tersebut?

Kebaikan:
- Dapat ramai kawan dari seluruh dunia
Ini merupakan perkara benar, sesetengah peminat Kpop ada kawan dari seluruh dunia sehingga ke France, America Syarikat, Arab Saudi, Indonesia, Philiphines, Singapore, Canada dan banyak lagi. Dengan ini, kita berkongsi pendapat dan cadangan orang dari negara lain.

-  Dapat mempelajari bahasa Korean/hangul
Hal ini berpunca daripada kekerapan dan kelaziman dari peminat Kpop untuk mendengar lagu dan menonton drama sehinggakan mereka faham akan maksudnya. Hal ini boleh menyebabkan rakyat Malaysia lebih dipandang tinggi oleh negara luar kerana tahu pelbagai bahasa.
watching korean drama



Keburukan:
-  Bunuh diri
Hal ini disebabkan oleh  ramai artis/selebriti Korea yang bunuh diri. Hal ini sangat dikhuatiri akan mempengaruhi remaja Malaysia. Peminat kpop hendaklah berfikir secara rasional dan tidak bertindak terburu-buru untuk meniru perkara yang mereka lakukan. Perkara ini dapat diatasi jika kita ada pegangan agama.

- Membelakangkan budaya sendiri
Kerana terlalu taasub dengan budaya kpop, budaya sendiri diabaikan. Peminat kpop hendaklah mempraktikkan dan tidak melupakan budaya sendiri yang telah lama wujud.



Kesimpulan: 
Kita tidak boleh menyalahkan peminat dan artis kpop terhadap keburukan yang dibuat kerana pada awal kemunculan dan kemasukan mereka ke negara kita, tiada sesiapa yang menegah. Kesedaran kita pada tanggungjawab untuk diri dan agama sangat penting.

The Meaning of K-pop

K-pop adalah genre muzik yang berasal di Korea Selatan yang mempunyai ciri-ciri pelbagai jenis elemen audiovisual. Walaupun ia terdiri daripada semua genre "muzik popular" dalam Korea Selatan, istilah ini lebih kerap digunakan dalam erti kata yang lebih sempit untuk menggambarkan satu bentuk moden Korea Selatan muzik pop yang merangkumi: tarian-pop, pop balada, elektronik, batu, logam, pinggul muzik -hop dan R & B.

Pada tahun 1992, moden K-pop telah dibawa masuk dengan pembentukan Seo Taiji & Boys, yang berjaya uji kaji dengan gaya muzik yang berbeza telah mencetuskan suatu anjakan paradigma dalam industri muzik Korea Selatan. Akibatnya, integrasi elemen muzik asing kini telah menjadi amalan biasa dalam industri K-pop.

Dengan memanfaatkan perkhidmatan rangkaian sosial dan platform perkongsian video YouTube, keupayaan industri K-pop untuk mendapatkan peluang di luar negara yang agak besar telah memudahkan peningkatan ketara dalam perkembangan global genre. Sejak pertengahan 2000-an, pasaran muzik K-pop telah mengalami kadar pertumbuhan dua angka. Pada separuh pertama 2012, ia dikasarkan hampir AS $ 3.4 bilion, dan telah diiktiraf oleh majalah Time sebagai  "South Korea's Greatest Export".

Pertama semakin popular di Asia Timur pada akhir 1990-an, K-pop memasuki pasaran muzik Jepun ke arah abad ke-21. Dalam tahun 2000-an lewat, ia berkembang dari satu genre muzik ke dalam cabang kebudayaan di kalangan remaja dan orang dewasa muda Asia Timur dan Asia Tenggara. Pada masa ini, penyebaran K-pop ke kawasan-kawasan lain di dunia, melalui Korean Wave, dilihat di bahagian-bahagian Amerika Latin, Timur Laut India, Afrika Utara, Timur Tengah, Eropah Timur dan enklaf pendatang dari dunia Barat.

Big Bang: Antara kumpulan K-pop yang popular