Monday, January 12, 2015

Pencemaran

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Jenis pencemaran:
Pencemaran udara
-pembebasan kimia berbahaya atau benda asing lain ke udara. Contohnya, karbon monoksida, sulfur dioksisa dan CFC.
Kilang melepaskan asap

Pencemaran air
-berpunca daripada kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi. Ia membuat kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik air berubah.

Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.

No comments:

Post a Comment