"Kpop Bawa Keburukan"
"Kpop Pemusnah Bangsa"
Demikianlah antara tajuk berita yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar tempatan di negara kita. Isu ini telah menjadi buah mulut masyarakat tempatan yang tua mahupun muda. Kpop adalah genre muzik yang berasal di Korea Selatan yang mempunyai ciri-ciri pelbagai jenis elemen audiovisual. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil tahu akan kebaikan dan keburukan Kpop ini. Persoalannya, apakah kebaikan dan keburukan tersebut?
Kebaikan:
- Dapat ramai kawan dari seluruh dunia
Ini merupakan perkara benar, sesetengah peminat Kpop ada kawan dari seluruh dunia sehingga ke France, America Syarikat, Arab Saudi, Indonesia, Philiphines, Singapore, Canada dan banyak lagi. Dengan ini, kita berkongsi pendapat dan cadangan orang dari negara lain.
- Dapat mempelajari bahasa Korean/hangul
Hal ini berpunca daripada kekerapan dan kelaziman dari peminat Kpop untuk mendengar lagu dan menonton drama sehinggakan mereka faham akan maksudnya. Hal ini boleh menyebabkan rakyat Malaysia lebih dipandang tinggi oleh negara luar kerana tahu pelbagai bahasa.
![]() |
watching korean drama |
Keburukan:
- Bunuh diri
Hal ini disebabkan oleh ramai artis/selebriti Korea yang bunuh diri. Hal ini sangat dikhuatiri akan mempengaruhi remaja Malaysia. Peminat kpop hendaklah berfikir secara rasional dan tidak bertindak terburu-buru untuk meniru perkara yang mereka lakukan. Perkara ini dapat diatasi jika kita ada pegangan agama.
Hal ini disebabkan oleh ramai artis/selebriti Korea yang bunuh diri. Hal ini sangat dikhuatiri akan mempengaruhi remaja Malaysia. Peminat kpop hendaklah berfikir secara rasional dan tidak bertindak terburu-buru untuk meniru perkara yang mereka lakukan. Perkara ini dapat diatasi jika kita ada pegangan agama.
- Membelakangkan budaya sendiri
Kerana terlalu taasub dengan budaya kpop, budaya sendiri diabaikan. Peminat kpop hendaklah mempraktikkan dan tidak melupakan budaya sendiri yang telah lama wujud.
Kesimpulan:
Kita tidak boleh menyalahkan peminat dan artis kpop terhadap keburukan yang dibuat kerana pada awal kemunculan dan kemasukan mereka ke negara kita, tiada sesiapa yang menegah. Kesedaran kita pada tanggungjawab untuk diri dan agama sangat penting.
No comments:
Post a Comment